Ingat lagi tak pada Comel? ya betul... anak kucing yang kami jaga tu. kami dah jumpa seseorang yang sanggup untuk mengambil dan menjaga Comel sehingga Comel dapat penjaga tetap. orang tu bernama Melissa (panggil Lissa). ikutkan dalam perbualan telefon sepatutnya Comel tu di ambil pada 27hb Mac jam 7..tp postponed ke 28hb dan kami sendiri yg pergi hantar Comel (boleh tengok keadaan tempat tu sekali). tempat tu kawasan perumahan lot banglo (bumiputera). sampai2 aje kami disambut oleh ibu kepada Lissa yang sememangnya seorang yang sukakan kucing. ada seorang pekerja yg sedang membersihkan kurungan kucing masa tu. bersih la tempat tu. kurungan kucing terbahagi kepada 2 iaitu 1 kurungan besar untuk kucing2 yang sihat dan menunggu penjaga tetap yang nak ambil. 1 kurungan lagi (kira sangkar la sbb kurungan tu bersaiz kecil) untuk kucing2 yang baru di ambil serta kucing2 yang tidak sihat. comel ditempatkan bersama seekor ibu kucing tumpang.
pergi checkup sebelum jumpa Lissa.
mula2 tengok... rasa kesian sangat. ye la kita dah tahu cara nak bg Comel minum susu dalam botol. tempat membuang urinal Comel pun kami dah sediakan dan tak bersepah la kalau Comel 'membuang'. timbul rasa sayang. tapi... kami memang tiada pilihan.
minum susu dulu sebelum Comel diserahkan ke pusat jagaan kucing.
kurungan besar. semua kucing dalam keadaan baik.
Pemilik Omiey Home, Melissa 012-2812640
kurungan kecil utk kucing yang baru sampai.
Comel bersama adik-beradik sesusu.
ibu susuan Comel (kanan).
Kami mendoakan agar Comel sentiasa sihat dan sentiasa di bawah perlindungan Ilahi. umur baru sebulan dah kena belajar hidup berdikari. InsyaAllah, ada masa terluang kami akan menziarahi Comel. we miss u so much.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan