Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri - 1433H

Tinggal 3 hari saja lagi berakhirnya Ramadan Al-Mubarak dan menjelmalah Syawal untuk meraikan kemenangan umat Islam menjalani ibadah puasa. Puasa kali ni tidaklah semeriah sebelum ini, iye lah aku berpantang. 2 minggu pertama juadah sahur dan berbuka emak aku yang sediakan. masuk minggu ke 3 (mak balik kg), aku dah mula berpantang sendiri dan juadah sahur + berbuka en suami la yang uruskan. orang lelaki masak tau2 aje la (harap boleh masak mcm angah raja lawak.. huhuhu jangan harap ler..) nasib baik anak2 tak mengira sangat. makan aje apa yg disediakan. bab kuih-muih beli kat bazaar saja. kalau rasa badan kuat akulah yang masakkan. aiman puasa ok. iye lah dah umur 10 tahun dah biasa. juna pun ok. ada gak tinggal puasa sebab terlepas waktu sahur dan sakit tekak. so far semuanya ok. alhamdulillah


Sekuntum bunga segar mewangi
Menyerikan suasana di Aidilfitri
Bersama kelopak ingatan nan suci
Semoga mekar di jambangan hati
Secebis ucapan pengganti diri
Tanda ingatan di sanubari
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga :
Muhd Jumadi - ayah
Jurina - ibu
Muhd Jumani Aiman
Julnar Afrina
Julnar Alwani

Julnar Alwani dan Ramadan yang mulia.

wah.. lama sungguh tak update blog. ada sebab tak update..oppss.. sebelum tu.. kepada seluruh umat Islam kami sekeluarga ucapkan Salam Ramadan yang mulia. ok sambung balik citer td..untuk makluman pembaca sekalian, 3 hari sebelum bulan Ramadan menjelma, aku telah selamat melahirkan puteri kedua kami a.k.a anak ketiga pada 17.07.2012 di Hospital Putrajaya tepat jam 6.25 ptg dgn berat 3.0 kg. syukur alhamdulillah.. kami 2 beranak sihat dan selamat.


Julnar Alwani berumur 3 hari.

Anak ni memang dinantikan dalam keluarga kami. 7 tahun menanti baru kini Allah makbulkan. yang penting kena usaha dan bertawakal. ada peristiwa pahit sebenarnya dalam tempoh 7 tahun itu. eemm....nnt la aku citer. dh betul2 ready baru aku citer. 16hb ni genap Alwani berusia 1 bln. syukur alhamdulillah. nampak gayanya bertambah meriah raya tahun ini.

Jumaat, 13 Julai 2012

Kitab suci Al-Quran.

Syukur alhamdulillah, kelmarin Juna dengan rasminya telah diizinkan oleh Ustazah Nisa untuk mengaji al-Quran. gembira tak terkata anak ibu ini sampaikan tak mahu berkongsi kitab dengan along dia (belum berkesempatan beli lagi..sabar ye sayang). untuk memberi semangat kepadanya, semalam kami telah pergi ke kedai buku tanpa pengetahuan juna untuk membelikan kitab al-Quran untuknya. balik dari kedai tengok dia dah tidur. sempat la ayahnya tulis kata-kata semangat dan sebagai kejutan bila Juna bangun pagi nanti. dan ternyata... Juna terkejut dan senyum sokmo. rajin-rajin mengaji ye sayang. we love you so much.

Khamis, 28 Jun 2012

Selamat Hari Ayah.

Walau pun sambutan hari bapa telah berakhir, tidak lewat rasanya untuk ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapak, ayah, abah, abi, walid, daddy dll. Buat abah tersayang Abdul Muarat bin Daud, walaupun jarak memisahkan kita namun di hati abah tetap terasa dekat. Doa2 terbaik buat dirimu di sana sentiasa dipohon dari yang Maha Esa. Sesungguhnya kami semua amat merinduimu selalu. Buat abah mertuaku Mohamed Jamil bin Mohamed Ali, didoakan agar kesihatan abah bertambah baik dan semoga kalian sentiasa dipayungi rahmat Ilahi. Untuk suami tersayang, we love you soooo much. Anak2 ceria bila bersamamu dan aku juga bahagia di sisimu. Semoga Allah memberkati dan merahmati perjalanan hidup kita serta diperkukuhkan lagi ikatan pernikahan ini hingga ke akhir hayat.


surat dari juna buat ayah tersayang.

Percutian ke Taiping - Ipoh, Day 3.

Day 3 hari yg dinantikan oleh anak2. pagi tu kami breakfast di PappaRich. menunya simple but nice. lepas bekpes kami balik hotel semula untuk packing barang2 nak checkout awal. sebabnya.. dapat main air lama sket. kalau tak nnt macam rushing plak nak balik checkout bilik. harga tiket masuk water theme park ni under budget la tak mahal sgt. jom layan gambar2..

 nasi lemak. sambalnya sedap.

 sedap juga.

 telur kuning tu yang nak sangat tu.

 tersenyum riang sebab makanan sedap.

 time to wet. wristband ni boleh topup cash. nak beli apa kat dlm just scan aje. klu ada baki boleh redeem balik.

 sebelum kapal bergerak. senyum aje juna. first time naik.

 3 kali hayun juna dah gayat. nasib baik maklong ada. aiman dah biasa tu yg senyum aje.

 next.. naik buai.

 ayahnya yg terlebih seronok. dah lama sgt tak naik buai la katakan.

 games untuk kanak2 pula.



 naik train keliling theme park.

 juna with maklong dan paklong. naik train ni sbb dah tak larat nak jalan2 dlm semua taman yg ada.

 orang pertama main air. tak sempat2 nak lunch.

 kasih mummy.. membawa ke kolam air. ahakss..

 'gaduh' dengan pakngah. ayat dia..'JANGAN!!'


anak org bandar tak pernah jumpa pasir.

Memang seronok mandi-manda kat sini. kegembiraan anak2 juga adalah kegembiraan ibu ayah. rasa tenang dan bersyukur kerana dapat menghiburkan hati anak2 sempena cuti sekolah kali ini. walaupun tak semua taman kami masuk, sekurang2nya kami telah menjejakkan kaki ke Lost World of Tambun. Tamat sudah percutian dalam Malaysia untuk pertengahan tahun 2012.   

Sebelum bertolak balik ke Puchong, kami singgah ke Impiana Hotel Ipoh. Fadil's family terpaksa menginap 1 hari lagi kat sini sebab ada tugasan site visit. lagi pun nak jumpa mak kat situ. entah macamana kami pun ter'overnight' kat situ juga. ni semua gara2 juna punya hal ler. boleh lak request nak tidur kat hotel sebab ngantuk sangat. kebetulan pula ayahnya sakit kepala. so, tercapailah hasrat juna.

sehari selepas perlawanan hoki. semua pemain international menginap di sini. walaupun M'sia tewas.. M'sia tetap di hati. 

Khamis, 21 Jun 2012

Percutian ke Taiping - Ipoh, Day 2.

Hari ke 2 percutian, kami telah meneruskan perjalanan ke Ipoh dan menginap di Lost World Hotel. Anak2 tak sabar nak masuk water theme park. Lepas check in, kami rehat kejap. memandangkan waktu tamat masuk water theme park tu jam 6 ptg, kami buat keputusan utk keluar jalan2 cari makan dan pusing2 sekitar bandar Ipoh saja. Fadil's family lepas check in terus pergi jemputan perkahwinan sahabatnya dekat kawasan situ juga. jom lihat apa aktiviti kami pd hari ke 2 bercuti. yeezza..

 kenangan di depan lobi hotel.

 upin & ipin. betul..betul..betul..

 dugaan buat anak2 di depan pintu masuk water theme park. kita ambil gambar dulu la ye anak2.

 suka sangat juna tu.

percaya tak kami lunch kat kedai Yong Suan?? percaya la ye.

 inilah dia Nasi Ganja. lauk yg ringkas tapi sedap. hanya boleh didapati di kedai makan Yong Suan.

 nasi ganja ni dimasak oleh India Muslim. tokeh kedai hanya jual air minum saja. kedai ni juga digelar sebagai Kedai 1 Malaysia sebab pelbagai kaum telah menjamu selera di sini.

 baby seat buatan sendiri. tidak dijual di kedai2.

 punyalah setia staff2 kat situ menemani kami makan. sebenarnya mereka tu tgh tgk Ila main Ipad. tak pernah tgk Ipad kot?? takpe..sekurang2nya kami telah perkenalkan pd mereka apa itu Ipad. hehehe..

sementara tunggu fadil's family sampai kami posing dulu.. peace yo!!

Petang tu kami semua pakat pergi ke padang tempat sultan perak main polo iaitu Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz. kaum ibu duduk saja sambil makan pisang goreng. kaum bapa pula memantau aktiviti anak2 yang bebas ke sana ke mari. aktiviti bebas ni bagus sangat sebab semuanya berjaya mengeluarkan peluh yg baik tuk kesihatan (nak harapkan senaman di rumah mmg tak buatnya..huhhu..).

temankan anak2 main.

 dari temankan anak2..org dewasa yang bermain bola.

 mereka ni mmg kaki bola. pantang berjumpa mesti main bola. dua2 ni mmg ada talent.

 
 "saya suka aktiviti bebas di sini. mummy tengok dr jauh aje..tak marah pun.. yess!" Aaron.

 duduk2 saja sambil ngunyah pisang goreng.

 duduk2 saja sambil borak.

Aaron : "imran.. nak main ?"
Imran : "tak leh.."

Punyalah seronok bermain di padang ni sampai waktu pun dah menginjak ke senja. kami pun bergerak balik ke hotel dan aktiviti yang amat dinanti2kan akan kami lakukan malam ini. sebelum tu singgah beli makanan tuk dinner di restoran Sabar Menanti (depan stadium hoki). memang kena sabar la menanti order kita siap.. huhuhu..

Inilah tempat yang ditunggu2 oleh anak2. hehehe.. mereka tak tau yg tempat ni airnya panas. air sejuk esok kita main ye. sebelum basah sempat la ambil bbrp keping gmbr tuk kenang2an.

 cecah saja kaki dlm kolam air ni mmg panas. bila lama2 sikit dan badan dan boleh terima suhu panas ni rasa ok. macam mandi air suam. anak2 pun blh swimming lagi. mmg terbaik lah.

sedikit info untuk perkongsian, di sini ada beberapa peringkat tahap kepanasan mengikut kolam2 yang telah disediakan. ada satu kolam tu..mmg panas sgt. ada sorang dua aje yg sanggup masuk dlm tu. nak tahu betul ke tak, meh le ke Tambun.

lepas mandi sauna ni, badan sungguh terasa segar dan 'sedap' la orang tua2 kata. tidur malam pun lena.




Rabu, 20 Jun 2012

Happy Birthday to anak-anak tersayang.

Setiap awal Jun anak2 akan sibuk bertanya "hari ni hari jadi juna ke ibu?" "hari jadi along dah lepas ke ayah?" "tak sabar juna nak tunggu 2 Jun" dan macam2 lagi la ayat pertanyaan yg diajukan. ibu dan ayah mana yang tak ingat tarikh2 di saat menanti kelahiran insan kecil yang comel. Dengan izin Allah maka pada 1 Jun 2002 lahirlah anak ayah ibu yg diberi nama Muhammad Jumani Aiman (yang diberkati mutiaraku yang bertuah) dan  2 Jun 2005 lahirlah puteri ayah ibu yg diberi nama Julnar Afrina (bunga putih kemerah2an). Percayalah anak2ku, setiap saat dan ketika kalian tidak pernah hilang dari ingatan ayah ibu malah setiap saat dan ketika doa2 yang terbaik kami berikan buat kalian. Ibu Ayah amat MENYAYANGI MU selamanya.

Semasa percutian day 1 ketika menunggu hidangan dinner sampai, kami telah buat kejutan buat anak2. macam biasa ler... potong kek. alhamdulillah... anak2 sangat seronok dan rasa diingati sempena hari jadi mereka.

 Happy Birthday Aiman & Juna 1st & 2nd June.





be a good khalifah my dear.