Khamis, 28 Jun 2012

Selamat Hari Ayah.

Walau pun sambutan hari bapa telah berakhir, tidak lewat rasanya untuk ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapak, ayah, abah, abi, walid, daddy dll. Buat abah tersayang Abdul Muarat bin Daud, walaupun jarak memisahkan kita namun di hati abah tetap terasa dekat. Doa2 terbaik buat dirimu di sana sentiasa dipohon dari yang Maha Esa. Sesungguhnya kami semua amat merinduimu selalu. Buat abah mertuaku Mohamed Jamil bin Mohamed Ali, didoakan agar kesihatan abah bertambah baik dan semoga kalian sentiasa dipayungi rahmat Ilahi. Untuk suami tersayang, we love you soooo much. Anak2 ceria bila bersamamu dan aku juga bahagia di sisimu. Semoga Allah memberkati dan merahmati perjalanan hidup kita serta diperkukuhkan lagi ikatan pernikahan ini hingga ke akhir hayat.


surat dari juna buat ayah tersayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan