Khamis, 8 Mei 2014

~~ Jualan booth Alwani Baby Land for the 1st time ~~

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
 
Tahun 2014 ini dirasakan permulaan tahun yang amat sibuk dan memenatkan. penat dan berbaloi sampaikan blogku ini pun jarang-jarang bersiaran dengan cerita-cerita terkini. itulah perjalanan kehidupan setiap yang bernama manusia.
 
Nak berkongsi cerita pasal bisnes online kami yang telah beroperasi selama 1 tahun 30 hari . syukur alhamdulillah. pengalaman 6 bulan pertama memang agak perit juga nak pikat pelanggan, nak perkenalkan produk-produk yang ABL jual. maklum sajalah.. ramai lagi peniaga-peniaga di luar sana yang dah lama berkecimpung dalam bisnes online. yang dah ada kedai pun buat servis online. so, semestinya persaingan sangat hebat. tapi takpe.. kami tetap teruskan usaha kami. untuk permulaan, produk yang kami jual adalah baju-baju bayi dan kanak-kanak, romper's carter, lamaze toys, baby neck float, nosefridal dan aneka botol susu. then create FB page. nak suruh orang lain LIKE page pun bukan senang. kena rajin invite and reinvite (tebal gambar profile FB asyik dok suruh orang LIKE ajer... hahahaha.. ) nak promosikan lagi barangan jualan, bawa la ke opis jual pada member2 .. bagi la diskaun sikit. then dari situ member akan tolong promosikan. ye la... mesti orang tanya beli kat mana romper's berlengan panjang??  beli kat mana Lamaze toys ni?? murahnya baju ni... beli kat mana?? and bla.. bla.. bla.... tentulah member ni kata beli kat Alwani Baby Land. dari situ orang kenal ABL. ada member ni bertukar ke Johor pun still order and repeat order siap ajak kawan-kawan sekali pakat beli ramai-ramai. syukur alhamdulillah.
 
Masuk bulan ke 9, kami dah boleh menilai apa produk yang perlu dikekalkan, produk yang perlu digugurkan (no repeat order) dan apa produk yang perlu ditambah dalam bisnes. item berikut dapat sambutan yang amat baik.
 

 


 
Berikut adalah produk yang menjadi hot item sehingga ke hari ini : 

 

 

 
 
Cukup setahun beroperasi secara online, ABL mula bergerak setapak ke hadapan dengan membuat jualan secara offline pula. First event yang kami sertai ialah pada 4hb - 6hb April di Karnival Mesra & Cinta Masjid di Bandar Sunway. Keduanya pada 19hb - 20hb April di Karnival Wanita BBR. InsyaAllah akan ada banyak lagi events yang akan ABL sertai. Mohon doa dari semua ye.
 
 




Bila dah terlibat dengan jualan offline macam ini, banyak yang kami pelajari dari pemerhatian dan dapat pengalaman yang amat berguna. Antaranya.. jika berlaku hujan apa patut kami lakukan. Niaga malam apa perlu ada. lampu, kabel, kerjasama dengan rakan niaga khemah sebelah yang kita tak kenal, macamana nak target pelanggan dengan keadaan cuaca dan masa. dan banyak lagi yang telah kami pelajari. Jadikan itu semua sebagai ilmu dan cabaran serta semangat untuk terus berjaya dalam perniagaan.
 
Terima kasih kepada para pelanggan yang singgah dan membeli barangan jualan kami. InsyaAllah.. kami akan perbaiki segala kekurangan dan beri servis terbaik untuk pelanggan yang dihormati.
 
Teruskan menyokong Alwani Baby Land and thank you so much to all customer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan