Jumaat, 3 Mei 2013

Jeng.. jeng..jeng..

Jeng.. jeng.. jeng... itulah tajuk untuk entry pos kali ini. apa yang jeng.. jeng.. jeng ??? hahaha.. adalah... eemm.. banyak benda nak coretkan kat sini al-maklumlah... kesibukan melanda. lastweek kena join kursus PHP & MySQL 3 hari... habis kursus.. sambung buat kerja hakiki. hujung minggu pula balik Kg Gajah (seronok sangat dapat balik kampung jumpa mak dan makan masakan mak. sayangggg mak). Selang sehari lepas pulang dari kampung Alwani demam pulak.
 
Demam alwani tak teruk sangat cuma yg panasnya adalah di bahagian kepala. orang tua2 kata kalau kepala yang panas itu tandanya anak nak kena demam selsema. betul la tu. hingusnya laju saja turun. as a mother, macam biasa... gunakan NoseFrida untuk keluarkan lendiran di dalam hidung dan selalu sapukan balm pada dada, belakang badan dan hidung (dari atas dahi antara dua kening sapu hingga bawah hidung). balm yang kami selalu gunakan adalah Himalaya Cold Balm. balm ni memang sangat sesuai untuk bayi/kanak. dah dua kali beli dah. bau dia pun sedap dan ia diperbuat dari himpunan herba2. Alhamdulillah.. Alwani dah semakin sihat. hingus pun dah takde.
 

Disebalik demam selsema... rupa2nya alwani demam nak berdiri rupanya. semalam dia berdiri siap bertepuk tangan lagi. Alhamdulillah...


p/s:kawan2 jom singgah n shoppping di Alwani Baby Land. tq


Tiada ulasan:

Catat Ulasan