Jumaat, 17 Mei 2013

Alwani genap usia 10 bulan

Cepat betul masa berlalu. tau-tau hari ini usia adik dah 10 bulan. syukran ilaAllah atas nikmat kurnianNya adik membesar seperti bayi-bayi yang lain. ye la.. dulu masa pegnenkan adik... kesihatanku amat membimbangkan pihak hospital. alhamdulillah... semuanya selamat.
 
sedikit perkembangan Alwani
- sekarang ni dah boleh berdiri dan kawal/imbang badan semasa berdiri. boleh bertepuk tangan lagi.
- dah boleh sebut/panggil AYAH (jeles ibu tau..)
- dah pandai nak main gadjet ibu ayah (hp ibu dia pernah baling terus masuk dalam mangkok maggi sup. huhuhu...until now cannot connect usb)
- kalau nak telefon opah kena on speaker. sebab Alwani suka bunyi ringtone.
- Alwani TIDAK SUKA orang ambil apa saja yang dia pegang. kalau tak dia punya menangis macam kena apa lagi.
- sekarang mandi kena dalam 'kolam kecik' sambil main buih. kalau tak nangis (itu aje la modal dia.. nangis)
- solid food dah macam2 jenis boleh makan. mashroom sup pun dia suka.
- suka lepak/main dengan kakak dan abang. gelak macam orang besau dah bunyinya.
- suka campak barang yang dia pegang. 
- suka tarik kain ibu yang tengah solat.
- pantang tengok ibu pakai tudung mesti dia minta dokong.
- boleh dikategorikan 'telinga nipis' (ayah borak dalam tepon kat balkoni pun dia blh dengar.... aduiya..)
- seorang yang sangat pemalu dengan orang luar.
- seorang yang amat dirindui, disayangi IBU AYAH ALONG dan KAKAK JUNA.
 
apa lagi erk??? eemmm.... cukup la tu. yang lain tu rahsiaaaa..
 
 

alwani suka sangat toy ni. siap menari lagi tau.

 stop music... cepat2 dia tepuk.
 
 with cousin Nur Adeena Safiyya.
 
salam perkenalan. hahaha... nasib baik Adeena tak nangis.
 
ibu ayah tetap doakan along, kakak dan adik sentiasa dipayungi rahmat Ilahi. sihat, gembira, bahagia, berjaya dunia akhirat dan dilindungi Ilahi walau di mana saja anak2 ibu dan ayah berada. amin. LOVE YOU ALL FOREVER. 
 
 
p/s:kawan-kawan teruskan memberi sokongan kepada Alwani Baby Land ye. tq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan