Selasa, 11 September 2012

Garment steamer Philips/Joven water heater/Morgan chest freezer.

Masih dalam mood raya. orang lain ada yang masih nak menambah koleksi baju raya tapi aku sibuk la dengan barangan elektrik yang memang dah lama diinginkan. menambahkan bil letrik aje kata en suami.. hahaha.. takpe la ling ini untuk kesenangan bersama. ini dia barangan yang aku dah laburkan ongkosnya. 


garment steamer ni memang dah lama sangat cari. senang sikit nak iron baju yang renyah2 tu. memang mudah dan menjimatkan masa. satu lagi barang : water heater. water heater ni kami pilih brand Joven yang takde pam (murah sikit) .lagi pun tekanan air pancuran di rumah sememangnya kuat. yes!! mudah la Alwani nak mandi air suam. hihihiii...

Barangan elektrik yang paling penting sekali ialah chest freezer. freezer ni kami beli di kedai yang berasingan. syukur sangat sebab dalam banyak2 kedai elektrik yang kami masuk semuanya tak boleh nego. nasib baik la di kedai terakhir yang kami masuk ni memang tengah sale. selesai buat perbandingan di antara kedai-kedai yang kami masuk tadi, kami pun tekad beli chest freezer local brand Morgan RM599/115L . kenapa pilih chest freezer?? klik di sini.

local brand yang berkualiti.

Tujuan utama memiliki freezer ni adalah untuk membekukan hasil EBM dan ia menjadi azam baru aku  untuk anak kecilku Alwani.banyak juga blog2 yang menerangkan cara2 yang betul untuk penyimpanan EBM. Mudah-mudahan usahaku ini mendapat keizinan Ilahi serta barakahNya. en suami pun sokong aku buat EBM ni memandangkan anak-anak yang lain hanya sempat BF 3 bulan saja.

sebahagian hasil EBM. alhamdulillah.


1 ulasan:

  1. Nak tanya mana awak beli Morgan chest freezer?

    BalasPadam