Jumaat, 7 September 2012

Beraya dengan si kecil Alwani.

sedar tak sedar dah 20 Syawal rupanya. sejak ada anak kecil ni semedang aje tak sempat nak update blog. bkn blog saja, FB pun jarang masuk. bila dpt masuk FB berebut plak ngan anak2 nak guna PC. gitu la gayanya orang dah beranak. alhamdulillah...itu semuanya adalah kehendakNya untuk melihat bagaimana kita menghadapi segala ujian/dugaan dr Ilahi. so.. skrg ni Alwani tengah lena tu. aiman dan juna dah pergi ke sekolah agama...inilah masa yg ada. meh aku update sikit citer bab raya bg tahun 2012.

tahun ni turn beraya di Perak. yes!! seronok sgt sebab kami 5 beradik dapat berkumpul sekali. dan yang paling bestnya tahun ini juga mak buat lemang..yeay..yeay..dh lama tau mak tak buat lemang. tp... time mak buat lemang aku plak tgh berpantang. huk..huk..huk...hnya melihat dr jauh saja. takpe la...takde rezeki. masuk raya ke 3, kami dah bergerak balik ke Raub, beraya ngan keluarga en suami plak. jauh tuu.. dengan 'jem'nya di Cameron Highland + hujan...memang melengahkan masa perjalanan kami. mujur alwani ok. kami bertolak tengahari sbb ada saudara buat kenduri tahlil. kami selamat sampai di kampung Felda Tersang 3 jam 10 mlm. habis sudah serba sedikit citer raya tahun ni. jom kita layan gambar2 di Aidilfitri. 

my lovely family.

keluarga bahagia. dari kiri : fadil's family, ana, me, mak, ky and noor's family

gambar beramai-ramai

 ibu dan alwani.

mak bersama sebahagian dari cucu-cucu kesayangan.

beratur untuk bermaaf-maafan di 1 Syawal. pagi yang sungguh syahdu.

mohon maaf zahir batin. :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan