Selasa, 16 Julai 2013

Qada' puasa dan fidyah - Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al-Mubarak 1434

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al-mubarak. bulan yang mulia ini mengingatkan kembali saat-saat berpantangkan Alwani setahun yang lalu. dan maka dengan itu... 30 hari ibu meninggalkan puasa. bukan sengaja meninggalkan yang wajib ini tetapi itulah yang ditentukan Allah. 

Di sini, saya nak berkongsi mengenai puasa ganti (qada') bagi wanita bersalin (berpantang) dan fidyahnya. Telah berbeza pendapat para fuqaha' berkenaan puasa wanita hamil dan menyusui anak kepada 5 pendapat, iaitu:

1- Golongan pertama berpendapat keduanya wajib memberi fidyah tanpa qadha'.

2- Golongan kedua membezakan antara hamil dan menyusui anak, iaitu yang hamil wajib qadha' sedang yang menyusui wajib qadha' dan memberi fidyah.

3- Golongan ketiga berpendapat keduanya wajib mengqadha' dan memberi fidyah

4- Golongan keempat berpendapat keduanya wajib mengqadha' tanpa fidyah.

5- Golongan kelima berpendapat keduanya tidak wajib qadha' dan tidak wajib juga memberi fidyah.

Yang rajih (kuat) berdasarkan kekuatan dalil dan hujah ialah pendapat pertama, wanita hamil dan wanita yang menyusui anak dibenarkan tidak berpuasa, dan wajib memberi fidyah iaitu memberi makan satu orang miskin untuk setiap hari dia tidak berpuasa, tanpa perlu mengqadha'nya.

Demikianlah pendapat para Sahabat Nabi semisal Ibn 'Abbas dan Ibn 'Umar, bahkan kata Syaikh Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim "tidak diketahui adanya Sahabat Nabi yang menyelisihi pendapat ini" [Rujuk: Sahih Fiqh al-Sunnah, 3/168]. Allah Maha Mengetahui.

~Oleh: Ustaz Fathi al-Sakandary ~


Yang ni pula sumber dari Pusat Pungutan Zakat iaitu :
Golongan yang dikenakan fidyah

BilGolonganFidyah
1.Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah, musafir dan sakit yang ada harapan sembuh.Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.
2.Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasaFidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.
3.
Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:
i. Kandungannya terjejas
ii. Air susunya kering
Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.
iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinyaWajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.

Dulu, ibu selalu ganti puasa sebab 'bendera merah'. belum pernah kena bayar fidyah. Kali ini adalah yang pertama ibu menyusukan/berpantang dalam bulan Ramadhan. Jadi, rasa-rasanya macam ikut pandangan yang pertama je. ye la... siapa yang nak mengandung atau bersalin bulan puasa kan. itu semua ketentuan Allah dan Allah telah memberi kemudahan kepada wanita-wanita yang hamil/menyusu. alhamdulillah wa syukran ila Allah.

So... kepada mommies di luar sana, jika ada rasa keraguan tentang perkara ini, rujuklah kepada ustaz/ustazah di tempat anda. insyaAllah , ibu doakan kita semua dapat laksanakan ibadah puasa dengan penuh rasa kesyukuran serta keinsafan. wallahu'alam.

*sumber dari fanpage FB Wardina Safiyyah



4 ulasan:

  1. Salam sussh x nk gnti puasa 30hari? Sy yg nkgnti 20hr pun smpi sdh xgnti.tlg bg smgt.sy wswas.puasa asyk btl sbb tln air liur kt bibir

    BalasPadam
  2. salam sis.
    nak ganti puasa yg berpuluh2 hari ni mmg kena kuat semangat. yg susah tu adalah pada hr pertama nak buat. kena set mind ni... status ganti puasa adalah WAJIB. apabila hari pertama berjaya... teruskan lg pd esok harinya. hari kedua ok... teruskan lg tuk 3rd day. mcm sy, seminggu 2-3 hari direct pose. klu x dpt.. 2hr seminggu kdg2 1 hr smggu... ikut kemampuan.
    telan air liur yg membatalkan puasa .. mengikut fahaman sy... jika dikumpul air liur dlm mulut dan kemudian telan.. barulah puasa tu batal. setakat membasahkan bibir ia tidak batal.
    didoakan sis berjaya lakukan puasa ganti. dapat 5 hari pun Alhamdulillah. dh x kena byr fidyah. jom kita ganti puasa sama2. :-)

    BalasPadam
  3. puasa prtama ni genap sbulan sy brpntang. boleh ke sy berpuasa, darah nifas dh kering.

    BalasPadam
  4. puasa prtama ni genap sbulan sy brpntang. boleh ke sy berpuasa, darah nifas dh kering.

    BalasPadam