Jumaat, 30 November 2012

Alwani - 4 bulan.

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. didoakan kalian sentiasa dipayungi rahmat Ilahi selamanya. sorry la geng..lambat update. kesibukan dengan rutin harian tak sempat nak story2 kat sini. takpe..nanti saya update 1 persatu walaupun saat bahagia/seronok itu telah kami lalui.

pagi tadi, seperti biasa... kami suami isteri sibuk menyiapkan diri untuk ke pejabat. perhatikan alwani masih tidur dengan aksinya yang bermacam2 rupa. dan yang paling cute sangat masa adik tidur meniarap. rasanya ini first time dia tidur cara begitu. cuti sekolah ni aiman dan juna balik kampung rumah opah. so far, telefon anak2.. mereka seronok dan happy. adriana yang tak sekolah pun join duduk rumah opah. riuh ler rumah mak kat kampung. inshaa Allah nextweek mereka balik puchong.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan