Isnin, 22 Oktober 2012

First day at office - aktiviti mengepam di office.

Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur alhamdulillah... dengan izinNya aku dah mula masuk kerja on 15/10 yang lepas. rasa gembira dan tak sabar2 nak mulakan kerja (iye ker @#$%???). dalam keterujaan nak masuk kerja tu.. akhirnya sampai lambat ke opis...huhuhuhu... sorry ye boss (sib baik boss sporting.) lambat sebab terlupa yang aku dah ada bayi kecil. semua aktiviti sejak ada bayi ni kelam kelibut jadinya disebabkan salah menguruskan masa. bak pepatah melayu kata: biar lambat asal selamat.. biar lambat asalkan anak senyum semasa kita ucapkan "ibu pergi kerja..petang nanti ibu ambil adik". eeemm.. tetiba rindu kat anak2 terutama sekali alwani. hanya doa yang berterusan ditujukan buat anak2 ibu setiap saat dan ketika.

Di sini boleh la aku share kan serba sedikit cara-cara aku uruskan EBM kepada pengasuh. pengasuh a.k.a Atok ada bagi tau yang dia tak pernah jaga bayi bagi susu perahan. so, jadi tanggungjawab aku untuk terangkan pada Atok cara-cara menyimpan, memanas dan tahap ketahanan EBM selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

Apa yang aku buat ?

1.   EBM beku - aku keluarkan (jam 11 mlm), rendam dengan air paip dan masukkan dalam peti sejuk. jangan bagi yg beku. kesian bayi lama nak tunggu EBM cair.  

2.   Susu yang fresh aku siap2kan dalam 9oz = 3 botol susu (bakinya aku masuk dlm deep frezer).

3.   Warmer - bagi pada Atok untuk mudahkan pengasuh.

4.   Awal pagi sebelum keluar rumah, aku dah siap2kan semua susu tadi dalam bekas bertutup dan labelkan dengan nombor.camni la lebih kurang: 1-susu fresh, 2-EBM, 3-fresh, 4-EBM, 5-fresh dan 6-EBM. alwani kuat minum susu.. semua susu tu habis. sampai di rumah aku bagi DF.

5.   Perahan susu di pejabat aku teruskan. kena cover balik yang keluar dari deep frezer. (so far berjaya. alhamdulillah).

6.   Terangkan kepada atok yang susu EBM ni perlu dipanaskan dengan suhu 40 darjah celcius saja (ikut dalam buku panduan warmer) untuk kekalkan khasiat nutrisi susu ibu. Jangan bagi bayi air masak. Susu selepas dipanaskan dan baki yang tinggal dalam botol hanya boleh bertahan lebih kurang 1 ke 1 setengah jam.

7.   Sekiranya ada baki 1 botol susu yang belum digunakan, ia boleh disimpan semula dan boleh digunakan untuk keesokan harinya TAPI pastikan ia dilabelkan as no 1.

Little Been - warmer untuk memudahkan pengasuh panaskan EBM.

 no 1-3 dah siap ngan teat. no 4-6 guna cover botol aje.

 bekalan EBM untuk disimpan dalam peti sejuk rumah atok. letak ice gel sekali.

Mudah-mudahan segala usahaku ini mendapat keredhaan Ilahi agar penyusuan susu ibu dapat aku teruskan selama mana yang termampu. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan