Khamis, 20 September 2012

Alwani bermaksud warna warni

Kelmarin (18 sept) adalah hari berjumpa doktor. ibu dan anak masing-masing ada temujanji yang sama tarikh di hospital putrajaya. bezanya aku di kaunter C dan alwani di kaunter E, B dan bilik neonatal (ujian saringan pendengaran). mujurlah en suami ambil cuti hari tu kalau tak entahlah macamana nak uruskan sendiri dari kaunter pendaftaran hinggalah berjumpa doktor. nasib agak baik sebab kami jumpa doktor juga dalam tempoh masa yang sama. aku selesai di kaunter C dan alwani bersama en suami pun selesai berjumpa doktor. 

Kenapa Alwani wajib jumpa doktor.

tengah tunggu turn nak jumpa doktor. buat muka  cute nak susu.

ada cerita sedih dan menggecewakan sebenarnya sehari sebelum  alwani dilahirkan. jeng..jeng..jeng.. alkisahnya...
pada 16 Julai, aku dah ada tanda-tanda untuk melahirkan iaitu air ketuban dah mula mengalir. atas nasihat mak, aku dan en suami terus pergi ke hospital. doktor pun check la dah berapa cm buka. masa tu baru 2 cm tapi tiada rasa sakit langsung. then doktor tu kata wad dah penuh dan dia nak hantar aku ke hospital kajang. aku tanya kenapa tak hantar ke hospital serdang? dekat pun. doktor tu kata boleh kalau nak ke hosp serdang tapi atas risiko sendiri. sebarang info mengenai rawatan yang dah aku buat di hosp putrajaya dia tak sediakan. kalau ke hosp kajang dia sediakan semua info kesihatan dan ambulans akan hantar. aku pula tak banyak masa nak berfikir.. bersetuju dengan cadangan doktor untuk ke hosp kajang. semasa doktor tengah sediakan maklumat kesihatan dan scan keadaan bayi....aku perhatikan dari sorang doktor ke 2 orang. pastu datang lagi sorang. ada masalah besar ke??? aku masa tu buat biasa saja. then doktor yang ke 2 tadi kata tak jadi hantar ke kajang. terus dia book kan wad. aku pun tanya la doktor tu.. "ada masalah ke?" . dengan berhati-hatinya doktor tu jawab "masa imbasan tadi kami dapati jantung bayi agak besar dan tidak berbentuk seperti bentuk love" . Ya Allah!! rasa nak luruh jantung ni bila doktor cakap begitu. mujur aku tenang dan beristigfar banyak-banyak. masa ni en suami tak tahu lagi. dia masih menunggu di kaunter depan. masa duduk dalam wad sementara... aku minta nurse panggilkan en suami. dia terkejut dengan berita yang tak disangka-sangka ini. kami bertanya sesama sendiri, kenapa dah nak dekat due baru doktor perasan keadaan heart bayi??? adakah disebabkan penyakit aku dan ubat-ubat yang aku ambil telah memberi kesan kepada bayi yang dikandung?? dan macam-macam lagi persoalan yang timbul. apa yang mampu kami buat ialah berdoa dan terus berdoa agar segala apa yang diperkatakan oleh doktor tadi adalah tidak benar. kami sebagai hambaNya redha dengan apa yang berlaku. since dari situ, alwani telah jalani rawatan x-ray jantung, blood test (saat menyedihkan .. dengar alwani menangis dalam bilik doktor. ibu dan ayah tak dibenarkan masuk) and repeat heart scanning. syukur alhamdulillah, pada 18 Sept 2012 alwani telah disahkan sihat dan tiada masalah jantung. ujian saringan pendengaran juga lulus. ya Allah... leganya hati kami sekeluarga. berkat doa yang dipanjatkan kepada Ilahi semuanya back to normal. Alhamdulilah.

 ambil gambar dulu sebelum nak pergi jumpa bakal pengasuh alwani.

 suka sangat bila kakak juna agah dia.

 wajah selepas kekenyangan.

 melihat objek-objek yang bergantungan.

 iras wajah aiman masa bayi.

 bersama abang aiman.

 ralit sangat sampai layu mata.

usia 2 bulan. tidur pun dah lasak. menyenget baa...

Alwani... we love you so much.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan