Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri - 1433H

Tinggal 3 hari saja lagi berakhirnya Ramadan Al-Mubarak dan menjelmalah Syawal untuk meraikan kemenangan umat Islam menjalani ibadah puasa. Puasa kali ni tidaklah semeriah sebelum ini, iye lah aku berpantang. 2 minggu pertama juadah sahur dan berbuka emak aku yang sediakan. masuk minggu ke 3 (mak balik kg), aku dah mula berpantang sendiri dan juadah sahur + berbuka en suami la yang uruskan. orang lelaki masak tau2 aje la (harap boleh masak mcm angah raja lawak.. huhuhu jangan harap ler..) nasib baik anak2 tak mengira sangat. makan aje apa yg disediakan. bab kuih-muih beli kat bazaar saja. kalau rasa badan kuat akulah yang masakkan. aiman puasa ok. iye lah dah umur 10 tahun dah biasa. juna pun ok. ada gak tinggal puasa sebab terlepas waktu sahur dan sakit tekak. so far semuanya ok. alhamdulillah


Sekuntum bunga segar mewangi
Menyerikan suasana di Aidilfitri
Bersama kelopak ingatan nan suci
Semoga mekar di jambangan hati
Secebis ucapan pengganti diri
Tanda ingatan di sanubari
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga :
Muhd Jumadi - ayah
Jurina - ibu
Muhd Jumani Aiman
Julnar Afrina
Julnar Alwani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan