Jumaat, 11 Mac 2011

Jumaat yang mulia.


Syukur alhamdulillah awal tahun ini kami sekeluarga dimurahkan rezeki dari Allah Taala. Diberi ketenangan fikiran dan jiwa serta emosi yang tenang. Aku bersujud syukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat kurnia dariNya. Alhamdulillah.

peristiwa pagi Jumaat tadi, satu kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal merempuh belakang lori selepas tol puchong selatan. keadaan motor amat teruk dan masih melekat dibelakang lori. begitu juga mayat yg masih di atas motor. aku terus beristigfar dan sebak mengenangkan keluarga arwah. mangsa mungkin seorang ayah kepada bbrp orang anak atau suami kepada seorg isteri atau anak kepada ibubapa yang amat menyanyai arwah. dan secara spontannya aku teringatkan suami tersayang. setiap hari dia akan menunggang motorsikal untuk menghantar anak2 ke sekolah dan berulang-alik dari rumah ke pejabat. begitu juga aku membayangkan saudara-maraku juga saudara seIslamku yang lain. tanpa aku sedar air mataku menitis dengan lajunya mengenangkan jika tragedi ini menimpa ahli keluargaku. "Ya Allah, Ya Tuhan ku, aku memohon perlindungan daripada Mu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang dari ditimpa bala bencana dan matikan lah kami dalam keadaan khusnul khotimah."

Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah SWT.

Imam Al-Ghazali berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam AS dan pada hari Jumaat lah terjadinya hari kiamat.

1. Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakkan ulama berpendapat waktunya dua khutbah iaitu pada saat Imam sedang duduk setelah khutbah sebelum beliau bangun untuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling mustajabnya doa.

2. Sedekah pada hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat. Maka berlipat-lipat kali ganda ganjaran pahalanya.

3. Mati pada Malam Jumaat
Hadis Nabi SAW "Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat @ pada malam Jumaat kecuali diselamatkan daripada fitnah kubur".

4. Kelebihan Menunaikan Solat Jumaat
Nabi SAW bersabda "Barangsiapa yang dapat menunaikan Solat Jumaat maka baginya disisi Allah SWT pahala 100 orang yang mati syahid. Dan barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah SWT akan mengecap hatinya.

5. Selawat
Sabda Nabi SAW, "Banyakkan berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (Hari Jumaat) disaksikan oleh para Malaikat.

6. Memotong kuku
Ibn Masud berkata, "Mereka yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah SWT akan sembuhkan dari segala penyakit dan memberikannya keselamatan.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan