Isnin, 7 Februari 2011

Pengalaman baru.

Assalammualaikum semua, dekat sebulan tak update blog ni. macam-macam urusan perlu diselesaikan dan ada pengalaman baru telah diperolehi utk dikongsikan bersama. antaranya : kena bertugas di command center (cc) dan bertugas sebagai pegawai eksekutif pelanggan. dua-dua tugas ni mmg sesuatu yg baru dan yg paling seronok ketika bertugas sbgi pegawai eksekutif pelanggan. tugas ni nampak mudah tp memerlukan pengetahuan yang baik sbb anda di tempatkan di ruang legar lobi JPN dengan memakai tag name bersaiz separuh A4 paper. anda perlu melayan setiap pertanyaan yang diajukan oleh pelanggan dengan ramah dan berdedikasi. pelanggan bukan shj bertanyakan kaunter2 di JPN tetapi ada juga yg bertnyakan selain drpd urusan JPN. di sinilah anda dpt menilai tahap kemahiran anda dlm membantu mereka2 ini. pelanggan2 ada yang datang dari terengganu, kelantan, org dr luar negara dll dtg ke JPN tetapi atas urusan lain seperti urusan pencen, nak renew lesen yg hilang dan macam2 hal lagi. simpati/kesian bila ada warga emas yg dtg dari jauh tp salah bangunan utk selesaikan sesuatu urusan.  pada saya ia adalah satu kerja amal walaupun tidak seberapa. eemm... rasa puas dan tenang apabila dapat membantu mereka2 yang memerlukan bantuan. alhamdulillah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan