Rabu, 15 Disember 2010

Percutian penutup tahun 2010.

Syukur alhamdulillah, penutup tahun 2010 kali ini kami adik beradik telah sepakat untuk bercuti disekitar Teluk Batik, Lumut. sempena cuti sekolah inilah percutian yang dinanti2kan oleh anak2ku. hari pertama (5/12/2010) kami bertolak dr rumah mak lebih kurang jam 12 tgh. perjalanan lancar serta cuaca redup. 50 minit kemudian kami sampai di Marina Cove Resort. check-in, rehat jap bagi peluang imran ngan ari tidur then kami lunch dengan bekalan yang di bawa. pemandangan dari balkoni bilik mmg cantik....cantik sgt smpi aiman ngan juna tak sabar2 nak turun. inilah pemandangannya...

view dr sisi kiri
view dr sisi kanan

selepas selesai lunch dan solat, adriana (ari) pun dah bangun (imran tido lg) kami pun turun untuk ke Marina Water Park.




dah nama pun budak2...belum sempat kita kata ok diaorg dh terjun dulu. yg paling seronok ialah luncur air. kali pertama luncur terasa gayatnya. tapi bila dah bnyk kali buat tak rasa apa dah. luncuran juna paling cantik diikuti along dia. aku pun cuba gak la luncuran ni...ya Allah!!!!..gayat!!!.. cukuplah 5 kali luncuran. tak sanggup rasanya. aku perhatikan anak2ku bermain air luncuran.. cantik landing mrk. tak jatuh.. cecah lantai park tu sambil berdiri. compare ngan ayah diaorg ngan uda dan cik amy...mmg hampeh..cam buah nangka jatuh dlm sungai. tp itulah yg menggelikan hati. aku sekadar memerhati dan tukang gelakkan si amy.. dlm bnyk2 luncuran beramai2..dialah org yg paling akhir cecah lantai park. tak kira la klu dia yg luncur dulu...pasti tmpt terakhir gak. katanya faktor seluar...iye la tuuuu... any where...inilah percutian yang menyeronokkan.

gayat ooo... perhatikan amy (baju kelabu).

aiman dh masuk dlm air... diikuti uda.

kami semua dah masuk dlm air.


kami semua dh tenggelam.. amy masih belum cecah air.

  
ada lagi...

aiman dah muncul dipermukaan...amy baru cecah air. hahaha...

Aktiviti main air ni smpi ke lewat ptg. anak2 tak nak naik lg. pujuk la.. kata esok kita main lg. tengok muka anak2 terpancar keletihan dan masing2 mengadu lapar. mkn la snek yg di bawa sementara menanti waktu mkn malam di Restoran Bakau 'D' Muara (Cawangan Lumut). masakannya tip top.. sedap...

Esok harinya sebelum check out, anak2 tuntut janji nak main lagi di water park. main air lagi..dan lagi..dan lagi...dan lagi...



ari ngan bola kesayangan.








"imran tak puas mandi lg ibu...." huhuhu..



tak nak naik...

Selesai la sudah percutian hari pertama di marina water park. kami pun siap2 nak check out + lunch + next destination.... DAMAI LAUT.


bye..bye..

note : gambar2 lain boleh lihat dlm FB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan