Selasa, 21 Februari 2012

Aku sedang diuji oleh Nya.

Allah Maha Besar 3X. ketika ini aku diuji lagi. ujian demi ujian yg datang dr Maha Esa. aku tetap bersyukur..sbb aku telah dipilih olehNya. hanya pdNya jua aku luahkan segala yg terpendam di hati dan cucuran air mata adalah satu kelegaan kurniaan Ilahi. keletah anak2 juga amat menceriakan hidup. walau apa pun... hidup mesti diteruskan. think +ve and enjoy the life.



Rabu, 15 Februari 2012

Perginya seorang insan yg amat disayangi ramai.

seminggu slps majlis aqiqah dan doa selamat, kami sekeluarga dikejutkan dgn berita kematian kakak sulung mak iaitu pn Salasiah a.k.a maknyah pada 12/2/2012. kami semua amat sedih dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan ditmptkan bersama insan2 yg beriman dn solleh. terlalu bnyk jasa dn pertolongan yg diberikan sepanjang hayat beliau. kepada ahli keluarga arwah, tabah dan bersabarlah atas ujian Allah sesungguhnya Allah amat menyanyangi arwah. sama2lah kita sedekahkan al-fatihah.


Selasa, 14 Februari 2012

Aqiqah dan doa selamat.

sempena cuti sambutan maulidur rasul yg lepas, ky tlh buat aqiqah tuk adeena dan aku plak buat doa selamat memandangkan kesihatan diriku bertambah baik. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. adeena pun tak meragam semasa marhaban dan selawat dilaungkan. team marhaban diketuai makcik aku sendiri iaitu pn sabariah a.k.a cikbei  dn photographer plak mr.joe a.k.a my husband. alhamdulillah selamat sudah majlis yg dirancang.





Jumaat, 3 Februari 2012

Goodbye to Totty.

Pada tahun 2008, dlm perjlnan balik ke puchong dr pahang, kami telah singgah ke giant batu caves. (kami pernah tinggal di pinggiran batu caves dan giant adalah pasaraya terdekat kat situ). saja aje kami singgah tuk window shopping. masa tu ada 1 booth jual novel2 dan kat sebelahnya ada booth akuarium. masa tgh belek2 novel tetiba aiman berlari2 dapatkan aku sambil memegang anak tortoise sebesar saiz 20sen. dia punya nak sgt..smpi menangis2 kat booth akuarium tu. nak tak nak terpaksa gak la beli 2 ekor (1 aiman, 1 juna) + bekas + makanan. bertambahlah 'ahli' dlm keluarga aku. huhuhu...

totty (kiri) dan tutty ketika berusia 1 thn lebih.

kalau kami balik kg atau pergi bercuti yg mengambil masa lebih 3 hr, totty dn tutty akan kami bw bersama. paling jauh tmpt yg kami bw ialah masa bercuti ke penang. hehehe...tortoise pun mkn angin. itu masa kecik. bila besar sket (diaorg tak blh lps bwh titi merah dlm bekas), barulah kami berani tgglkan. tak susah pun jaga totty tutty ni.

suatu hari, pd pertghan thn 2011, tutty sakit... mula2 tak perasan dia sakit..dlm kolam dia asyik berjemur aje dan tak makan2. bila turunkan dia masuk dlm air...bdn dia terapung sebelah bdn. bwk tutty gi klinik haiwan terdekat, tp doktor kat situ bkn pakar tortoise. dia ada suggestkan kat 1 klinik ni sbb kat situ mmg ada specialist tortoise. dok tu kata mmg tutty x sihat sbb mata dia kuyu dan slow beri respon. dok bg injection n antibiotik. tutty dibekalkan ubat dan aku diajar cara utk beri dia mkn. 3 hr lepas rawatan..tutty ada tunjukkan perubahan sket...dia dh blh berenang dn bdn hampir keseluruhannya tenggelam dlm air... aku terus bg dia ubat dn suapkan mkn. masuk hr ke 7...masa nak bg mkn..tutty tak bg respon. diam aje...mata tak berkedip dn tiada pergerakan. anak2 dh mula sedih. aku pun sedih jugak. sehari lps tu...tutty sah telah mati. anak2 mula nangis (aku pun nangis gak tp cover sket ler ngan anak2). husband pujuk anak2 dan kami pun balut tutty dan tanam dia disekitar kawasan rumah. kini tggllah totty sendirian.


 totty - dulu sebesar saiz 20 sen..kini..dia semakin sihat dan aktif.

tanggal 22/1/2012, aku dan suami berpakat untuk lepaskan totty di kawasan tasik. tp anak2 membantah. sayang katanya. masa nak balik ke pahang, totty kami bawa sekali. ingat nak lepaskan kat kg aje. tnya ma ngan abah mana ada parit sbb nak lepaskan totty, dgn spontannya ma kata cuba tnya jiran sebelah. rupa2nya jiran ma (cik odah) tu ada buat kolam kecil. dlmnya 2 meter gitu. kat dlm kolam tu ada 2 ekor ikan keli + 2 ekor tortoise. cik odah pun bg keizinan. dgn senang hatinya anak2 setuju tuk lepaskan totty ke dlm kolam tu. alhamdulillah...lps ni, klu balik kg..blh jumpa totty lg. 

Khamis, 2 Februari 2012

Gold Coast, Morib

Lastweek, aku merancang tuk gi ziarah adik yg baru melahirkan anak ke 6 di senawang. ajak fadil a.k.a farouk (adik lelaki tunggal) pergi sekali. dia plak ngan wife dia rancang nak gi taman tema air kat morib. ajak aku ngan ky skali . apalagi...kami setuju aje. hehehe.. lepas ziarah, borak2  dn lunch kami pun bergerak ke morib resort. sesampai kat sana jam 5.30 ptg. resortnya ok. cantik dan bersih. anak2 dh sibuk ajak main air. disebabkan taman tema tu close jam 7 mlm...kami tangguh ke esok pg sj main air. sebagai gantinya.. jakuzi tlh dijadikan 'kolam renang'. hahaha..

 view dr balkoni bilik.




 imran ditemani ayahnya. tak ingat nak balik langsung.

breakfast dulu sblm main air. peace..


tercapai jugak la hasrat anak2 nak tidur kat resort. alhamdulillah...semuanya berjalan seperti yg dirancang dan diizinkan Allah Taala. amin.

Orang baru.

Since ogos 2011 - jan 2012 mak dan abah telah menerima 3 org ahli keluarga baru. first, Aaron pd 31/8/2011 jatuh pd hari raya aidilfitri ke 2 dan dilahirkan secara normal. then Nur Addeena Safiyya pd 11/12/2011 dan yang terbaru Nur Alya Eryna pd 19/1/2012. dua2 lahir ikut 'tingkap'. aku pun tumpang gembira sbb dpt anak2 buah yg begitu manja ngan keluarga makngah & pakngahnya. 

Aaron kini berusia 6 bulan. berat ketika lahir 4 kg lebih... pecah rekod dlm keluarga.

 deena kini berusia sebulan lebih.

eryna.. berusia 2 minggu.

syukur ke hadrat Ilahi semua ibu dan anak2 dalam keadaan sihat.