Jumaat, 3 Februari 2012

Goodbye to Totty.

Pada tahun 2008, dlm perjlnan balik ke puchong dr pahang, kami telah singgah ke giant batu caves. (kami pernah tinggal di pinggiran batu caves dan giant adalah pasaraya terdekat kat situ). saja aje kami singgah tuk window shopping. masa tu ada 1 booth jual novel2 dan kat sebelahnya ada booth akuarium. masa tgh belek2 novel tetiba aiman berlari2 dapatkan aku sambil memegang anak tortoise sebesar saiz 20sen. dia punya nak sgt..smpi menangis2 kat booth akuarium tu. nak tak nak terpaksa gak la beli 2 ekor (1 aiman, 1 juna) + bekas + makanan. bertambahlah 'ahli' dlm keluarga aku. huhuhu...

totty (kiri) dan tutty ketika berusia 1 thn lebih.

kalau kami balik kg atau pergi bercuti yg mengambil masa lebih 3 hr, totty dn tutty akan kami bw bersama. paling jauh tmpt yg kami bw ialah masa bercuti ke penang. hehehe...tortoise pun mkn angin. itu masa kecik. bila besar sket (diaorg tak blh lps bwh titi merah dlm bekas), barulah kami berani tgglkan. tak susah pun jaga totty tutty ni.

suatu hari, pd pertghan thn 2011, tutty sakit... mula2 tak perasan dia sakit..dlm kolam dia asyik berjemur aje dan tak makan2. bila turunkan dia masuk dlm air...bdn dia terapung sebelah bdn. bwk tutty gi klinik haiwan terdekat, tp doktor kat situ bkn pakar tortoise. dia ada suggestkan kat 1 klinik ni sbb kat situ mmg ada specialist tortoise. dok tu kata mmg tutty x sihat sbb mata dia kuyu dan slow beri respon. dok bg injection n antibiotik. tutty dibekalkan ubat dan aku diajar cara utk beri dia mkn. 3 hr lepas rawatan..tutty ada tunjukkan perubahan sket...dia dh blh berenang dn bdn hampir keseluruhannya tenggelam dlm air... aku terus bg dia ubat dn suapkan mkn. masuk hr ke 7...masa nak bg mkn..tutty tak bg respon. diam aje...mata tak berkedip dn tiada pergerakan. anak2 dh mula sedih. aku pun sedih jugak. sehari lps tu...tutty sah telah mati. anak2 mula nangis (aku pun nangis gak tp cover sket ler ngan anak2). husband pujuk anak2 dan kami pun balut tutty dan tanam dia disekitar kawasan rumah. kini tggllah totty sendirian.


 totty - dulu sebesar saiz 20 sen..kini..dia semakin sihat dan aktif.

tanggal 22/1/2012, aku dan suami berpakat untuk lepaskan totty di kawasan tasik. tp anak2 membantah. sayang katanya. masa nak balik ke pahang, totty kami bawa sekali. ingat nak lepaskan kat kg aje. tnya ma ngan abah mana ada parit sbb nak lepaskan totty, dgn spontannya ma kata cuba tnya jiran sebelah. rupa2nya jiran ma (cik odah) tu ada buat kolam kecil. dlmnya 2 meter gitu. kat dlm kolam tu ada 2 ekor ikan keli + 2 ekor tortoise. cik odah pun bg keizinan. dgn senang hatinya anak2 setuju tuk lepaskan totty ke dlm kolam tu. alhamdulillah...lps ni, klu balik kg..blh jumpa totty lg. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan