Khamis, 5 April 2012

Kemalangan lagi.

Hujung minggu yang lepas, kami adik beradik berpakat balik kg untuk menghadiri majlis tahlil arwah makcik (sabtu malam ahad). seronok sangat dapat berkumpul dan meriuhkan rumah mak. selesai segala urusan esoknya kami pun bergerak balik. nak kata konvoi... semuanya gerak sendiri2. cuma beza 30 minit aje kami bergerak pulang. our turn untuk bergerak dalam jam 6 petang (noor gerak dalam jam 5, ky gerak jam 5.30). macam biasa la... adriana menangis2 nak ikut makngah dia balik sekali (kesian ari.. kiranya farouk org terakhir gerak). 

Di awal perjalanan semuanya ok. entah sampai mana aku dan anak2 terlelap. tinggal la en husband seorang diri memandu sambil mendengar radio. sampai aje di Bt 10, Tanjong Karang... tetiba...bunyi BOOMMMM..... aku tersedar + tersentak. nampak MPV di depan dan tak tau apa jadi sebenarnya. tau2 terasa sakit yang amat sangat terutama sekali dibahagian perut. aiman mengerang kesakitan dan juna pula dalam kebingungan. Ya Allah... rupa-rupanya kami kemalangan.  AllahuAkbar.

pada malam kejadian. radiator pecah.

esok pagi dah bawa masuk bengkel di Subang Jaya.

 
dari sudut sisi.

Syukur alhamdulillah, kami semua selamat. cuma cedera ringan dan sakit2 badan masih terasa hingga ke hari ini. bernasib baik sebab kami pakai tali pinggang keledar. kalau tak.. mungkin lagi sakit la jawabnya.

p/s : jangan abaikan pemakaian tali pinggang keledar walaupun jarak perjalanan yg dekat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan