Rabu, 20 Julai 2011

Dinner - yee mee sizzling.

Selasa lepas, menu dinner kami  sekeluarga adalah mee sizzling (permintaan dari along). so.. dengan bahan2 yg dah sedia ada...aku pun bertukar jd chef.... ceewaahhh... seblom tu bahan2nya adalah :  

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 2-3 sanggul (gulung)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2  ---- blh guna yg dh blended, yg potong2 tu tumis aje sekali
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan  ------ masak aritu guna minyak masak aje sbb xde minyak bijan.
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-caranya
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air. (ikut la.. nak kauh bnyk atau sedikit.)
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau. (klu kuah tak likat bancuh lg air tpg jagung). 
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
Selamat mencuba.

 lazat...

 berselera sungguh dua beranak menikmati hidangan.

juna control ayu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan