Isnin, 20 Disember 2010

karnival jom heboh tv3

lepas balik dr damai laut, mak ikut balik kl sekali tinggal di kota damansara (kd). biasanya kalau mak dah ada kat kl, anak2ku akan duduk ngan opahnya. mulanya aiman ngan juna nak tinggal di kd tapi bila dah smpi kd juna tak nak tinggal katanya rindu ngan ibu ayah. jadi tinggal la aiman saja. itu pun esok dh call minta dtg ambil sbb demam. demam rindu kot. menurut kata opahnya tidur mlm dia mengigau sebut nama ayah. hahaha... ooo rindu ye...

hari sabtu (11/12) kami pun gi la ambil aiman. sblm smpi umah anak2 sibuk nak ajak berjalan. pk punya pk kat mana nak bawa anak2 tanpa belanja wang bnyk kami pun pergi la ke karnival jom heboh tv3 di bukit jalil. masuk percuma. anak2 seronok sbb dpt main dn dpt jumpa artis2 glamor. ibu ayah pun tumpang seronok sbb dpt shake hands dn bergambar ngan artis. hehehe...

 sofaz, tomok dan akim.

 bersama tam.

 pengacara WHI.

 intan ladyana.

 pembaca tv3 dan pengacara aduan rakyat.

 aiman kat sebelah malu nak ambil gambar ngan mia sara.

 bersama adam af2. juna siap tanya mana stacy..

iqram dinzly, mia sara dan fauziah gous.

alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga kami memenuhi permintaan anak2 tersayang. sepanjang jalan balik ke puchong, riuh diaorg berborak sesama mereka. gembira lihat anak2 yg begitu seronok sekali di bawa berjalan. tak habis2 ucap "terima kasih ayah, ibu sebab bawa aiman ngan juna jalan2". sama2 sayang. insyaAllah ada rezki dan masa nnt kita jalan lagi. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan