Isnin, 12 Mei 2014

Susu Mummylicious - terbaikkkk!!!!

Salam 1Malaysia.
 
SUSU.. ada orang suka minum susu. ada yang tak suka minum susu. ada juga yang alah pada susu. kenapa boleh jadi begitu ? jawapannya ada pada diri sendiri. no komenlah ye. tapi nak share satu cerita tentang alahan pada susu. nak cerita kat sini panjang sangat... sebaiknya you all klik SINI. baca sampai habis. siapa baca link tadi pasti perasan yang alahan susu kebanyakannya dari susu lembu. bukan nak kata susu lembu tak elok... cuma.. PENTINGnya keperihatinan kita sebagai ibu bapa agar jangan ambil mudah jika ada tanda-tanda ruam pada anggota badan anak. setiap anak adalah berbeza dengan anak yang lain. jangan asyik dok kata "si abang ngan kakak masa kecil2 dulu ok jer minum susu tu..adik plak tak boleh" . haaa.... jangan ambil mudah ye kawan2.
 
Dipasaran sekarang ada banyak pilihan susu yang boleh kita dapati dengan mudah. susu lembu ada. susu soya ada. susu kambing ada. susu unta pun dah ada sekarang ni. terpulanglah pilihan masing-masingkan. Kami sekeluarga pun dah jumpa minuman susu yang boleh diminum untuk seisi keluarga. Susu keluaran bumiputera muslim. Diperakui HALAL oleh JAKIM, mendapat pengiktirafan dari Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan semestinya sedap. susu apa ??? tak lain tak buat Susu Kambing Mummylicious.
 

Susu Kambing Mummylicious
  • Susu Mummylicious ini sesuai untuk semua peringkat umur dari 1 tahun sehingga warga emas.
  • Terdapat dalam 2 perisa iaitu vanilla dan strawberi dengan tambahan ekstrak kurma, kismis, delima, habatussauda, buah tin, buah zaitun, madu, za'faran, manna dan avocado.
  • Tanpa sukrosa (gula)
  • Tanpa bau hamis

Kurma - membantu mencergaskan minda. - membantu menurunkan paras kolestrol. - sebagai agen antioksidan (sumber glutathione). - baik untuk kesihatan mata.
 
Kismis - membantu mengurangkan risiko strok. - membantu menguatkan tulang. - membantu melawan bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi dan gusi.
 
Delima - kaya dengan zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah. - membantu memperbaiki struktur usus. - sumber besar dalam folid acid (untuk pertumbuhan saraf bayi). - mengurangkan alahan (morning sickness) pada ibu mengandung. - mengurangkan bengkak kaki ibu mengandung.
 
Habatussauda - membantu meningkatkan daya ketahanan badan. - membantu mengurangkan batuk dan asma. - membantu mengurangkan rasa loya dan muntah.
 
Buah Tin - membantu memulihkan penyakit buasir. - melawaskan pembuangan air kencing. - membantu merawat batuk yang berpanjangan.
 
Madu - mengandungi antioksida membantu menghalang kanser. - Awet muda
 
Za'faran - membantu memudahkan penghadaman. - mengurangkan bau mulut. - membuang asid dan angin dalam perut.
 
Manna - bertindak sebagai prebiotic (makanan untuk bakteria baik dalam usus). - membantu mengurangkan gas dalam badan. - menggalakkan pembiakan bakteria sihat dalam perut. - dapat mencegah kanser kolon, sembelit dan cirit-birit.
 
Avocado - membantu mencegah kanser. - membantu menurunkan paras kolestrol. - sebagai agen antioksidan (sumber glutathione). baik untuk kesihatan mata.
 

Cara minum susu mummylicious
Siapa yang tak boleh minum susu lembu, anda disyorkan minum susu mummylicious sebab sukatan bancuhan susu hanya 2 skop = 120ml air bersamaan 4oz. sikit aje kan... tak payah penuh 1 mug nak habiskan. Minum 1 - 2 kali sehari.
 
Mana nak dapat susu mummylicious?
Siapa nak cuba rasa susu yang sedap ini boleh hubungi terus Alwani Baby Land di talian 0196418285.
 
* Sample 1 sachet RM2.50.
* Sebotol 600g vanilla dan strawberi RM59.90 (WM) / RM69.90 (EM)
 
~~*~~ Usaha dan tawakallah kepada Allah atas usaha dan niat kita atas setiap sesuatu ~~*~~


Khamis, 8 Mei 2014

~~ Set pam susu mampu milik ~~

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca budiman. Didoakan anda semua sihat dan gembira selalu bersama insan-insan tersayang.
 
Kali ini ABL nak promo sikit pasal pakej set pam susu untuk ibu-ibu yang sedang mencari-cari pam susu. ABL masih mengekalkan set breastpump dari Eve Love. Kenapa Eve Love ?? sebab produk Eve Love adalah produk buatan Malaysia dan diasaskan oleh seorang pakar laktasi juga seorang muslimah tanah air. Lagi pun breastpump Eve Love adalah yang pertama di Malaysia boleh cas menggunakan powerbank, direct to power supply dan boleh juga guna bateri AA. Dan yang paling menarik sekali ada disediakan music button untuk memberi ketenangan kepada si ibu ketika proses pumping.
 
 


Tawaran dibuka mulai sekarang. Berminat boleh PM ABL di talian 0196418285. Dah tiada alasan untuk tidak beri anak susu ibu lagi selepas ini kecuali atas sebab kesihatan.

~~ Jom sokong dan beli barangan tempatan. ~~

~~ Jualan booth Alwani Baby Land for the 1st time ~~

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
 
Tahun 2014 ini dirasakan permulaan tahun yang amat sibuk dan memenatkan. penat dan berbaloi sampaikan blogku ini pun jarang-jarang bersiaran dengan cerita-cerita terkini. itulah perjalanan kehidupan setiap yang bernama manusia.
 
Nak berkongsi cerita pasal bisnes online kami yang telah beroperasi selama 1 tahun 30 hari . syukur alhamdulillah. pengalaman 6 bulan pertama memang agak perit juga nak pikat pelanggan, nak perkenalkan produk-produk yang ABL jual. maklum sajalah.. ramai lagi peniaga-peniaga di luar sana yang dah lama berkecimpung dalam bisnes online. yang dah ada kedai pun buat servis online. so, semestinya persaingan sangat hebat. tapi takpe.. kami tetap teruskan usaha kami. untuk permulaan, produk yang kami jual adalah baju-baju bayi dan kanak-kanak, romper's carter, lamaze toys, baby neck float, nosefridal dan aneka botol susu. then create FB page. nak suruh orang lain LIKE page pun bukan senang. kena rajin invite and reinvite (tebal gambar profile FB asyik dok suruh orang LIKE ajer... hahahaha.. ) nak promosikan lagi barangan jualan, bawa la ke opis jual pada member2 .. bagi la diskaun sikit. then dari situ member akan tolong promosikan. ye la... mesti orang tanya beli kat mana romper's berlengan panjang??  beli kat mana Lamaze toys ni?? murahnya baju ni... beli kat mana?? and bla.. bla.. bla.... tentulah member ni kata beli kat Alwani Baby Land. dari situ orang kenal ABL. ada member ni bertukar ke Johor pun still order and repeat order siap ajak kawan-kawan sekali pakat beli ramai-ramai. syukur alhamdulillah.
 
Masuk bulan ke 9, kami dah boleh menilai apa produk yang perlu dikekalkan, produk yang perlu digugurkan (no repeat order) dan apa produk yang perlu ditambah dalam bisnes. item berikut dapat sambutan yang amat baik.
 

 


 
Berikut adalah produk yang menjadi hot item sehingga ke hari ini : 

 

 

 
 
Cukup setahun beroperasi secara online, ABL mula bergerak setapak ke hadapan dengan membuat jualan secara offline pula. First event yang kami sertai ialah pada 4hb - 6hb April di Karnival Mesra & Cinta Masjid di Bandar Sunway. Keduanya pada 19hb - 20hb April di Karnival Wanita BBR. InsyaAllah akan ada banyak lagi events yang akan ABL sertai. Mohon doa dari semua ye.
 
 




Bila dah terlibat dengan jualan offline macam ini, banyak yang kami pelajari dari pemerhatian dan dapat pengalaman yang amat berguna. Antaranya.. jika berlaku hujan apa patut kami lakukan. Niaga malam apa perlu ada. lampu, kabel, kerjasama dengan rakan niaga khemah sebelah yang kita tak kenal, macamana nak target pelanggan dengan keadaan cuaca dan masa. dan banyak lagi yang telah kami pelajari. Jadikan itu semua sebagai ilmu dan cabaran serta semangat untuk terus berjaya dalam perniagaan.
 
Terima kasih kepada para pelanggan yang singgah dan membeli barangan jualan kami. InsyaAllah.. kami akan perbaiki segala kekurangan dan beri servis terbaik untuk pelanggan yang dihormati.
 
Teruskan menyokong Alwani Baby Land and thank you so much to all customer.