Isnin, 31 Disember 2012

Rawatan Sonotron untuk batuk berkahak.

Lepas balik dari kampung (selesai majlis aqiqah & doa selamat) Alwani masih lagi batuk2. kami mula risau batuknya semakin kerap. sebelum jadi parah, kami telah bawa adik ke klinik Dr. Khadzali di Ulu Kelang Ampang untuk rawatan sonotron. rawatan sonotron ni dah lama sebenarnya digunakan untuk merawat penyakit di Malaysia cuma penggunaannya kurang meluas dan tertumpu pada sesetengah penyakit saja. antara penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini ialah resdung, gout, sakit otot, sakit sendi, asma, stroke, sakit kepala dan beberapa pemyakit fizikal yang ringan seperti terseliuh.

Kami kenal dengan rawatan sonotron ni lebih kurang 10 tahun lepas ketika aiman berumur kurang 1 tahun. aiman dulu masa umur 6 bulan telah disahkan menghidap bronkitis (bronchitis) dan ditahan wad selama 6 hari. ini berikutan batuk yang berterusan. lepas sihat dan keluar hospital aiman batuk semula. on off batuk dia. then member opis lama cadangkan buat rawatan sonotron ni. (dengar sonotron ternganga gak la mulut tu sebab tak pernah dengarkan..hik..hik..hik..). kami pun pergilah ke klinik Dr. Khadzali seperti yang dicadangkan tadi. since dari situlah kami sering gunakan rawatan sonotron sekiranya anak-anak batuk. masa bawa Alwani hari tu.. Dr. Khadzali tersenyum gembira melihat aiman yang pernah dia rawat 10 tahun lepas sihat walafiat. ayat doktor "awak (aiman) semakin membesar.. tapi doktor semakin tua" . terima kasih Dr. Khadzali dengan izin Allah kebijaksanaan doktor dalam bidang ini telah banyak membantu insan2 yang diduga dengan pelbagai penyakit agar dapat sembuh dan sihat semula.

So, sesiapa nak cuba rawatan ini di sekitar Ulu Kelang boleh ke klinik Dr. Khadzali. setiap penyakit ada ubatnya melainkan sakit di saat kematian. berusahalah kita demi untuk mengekalkan tahap kesihatan agar dipermudahkan kita melaksanakan amanahNya dimuka bumi ini. 

No.3, Rumah Kedai,
Jalan AU 5C/K,
Ulu Kelang, Ampang
54200 Kuala Lumpur
Tel - 03 4108 3716



Dr Khadzali sedang lakukan sonotron. rilek jer alwani. kuat macam ibu dia..hehehe..
 

Oppss... lupa nak bagitau status alwani sekarang. syukur alhamdulillah, lepas 2 kali buat rawatan sonotron alwani kini sihat sepenuhnya. kahak tu keluar melalui najis (banyak giler keluar. masa sonotron hingus yang keluar.) doktor pesan... kalau bayi/kanak2 kecil yang tak pandai nak buang kahak.. mandikan mereka dengan AIR SUAM (jangan mandikan dengan air biasa/paip sebab nanti lambat baik.) lagi satu.. boleh buat tepukan percussion bagi melonggarkan kahak. baca kat sini cara tepukan percussion.

bentuk tapak tangan untuk buat tepukan percussion.

note : mungkin ada teknik rawatan lain yang kami tidak tahu selain dari rawatan sonotron. walau apa pun dan bagaimana cara sekali pun teknik rawatan yang ada ia boleh dipraktikkan selagi tidak memudaratkan bayi/kanak2.  :)
.

Sabtu, 29 Disember 2012

Majlis Aqiqah, Doa Selamat dan Cukur Rambut Alwani.

hai kekawan. lama rasanya tak update blog kesayangan ni. selalunya aku menulis blog di pejabat. selesai programming.. blog ni lah aku buka. tapikan sejak sebulan dua kebelakangan ni.. internet di pejabat selalu sangat kena block. nak baca blog follower dan blog rakan lain kejap lepas..kejap kena block. isshh.. tak faham..tu la salah satu punca aku lambat update citer terkini hiburan sensasi. nak update kat rumah??? hehehehe... baik aku main ngan adik (lagi la tak sempat).

23 Dis = 9 Safar 1434, kami sekeluarga telah buat majlis aqiqah dan doa selamat anak2 di kampung. aku dah lama berniat nak buat majlis ni sebelum masuk tahun 2013. orang tua2 kata kalau dah berniat baik kena buat cepat2 kalau tak... ada benda tak baik akan berlaku. kebetulan 2 minggu sebelum majlis alwani tak sihat. mula2 tu demam selsema selepas pulang dari klinik kesihatan check up tuk 5 bulan. teruk jugak la ragam dia. maklumlah..5 bulan pertama sihat walafiat..tetiba demam. lepas baik demam, alwani sakit mata pulak..(tak tau jangkit dari sapa.abg kakak dia ada kat kg...pengasuh dia ok aje) . lepas baik sakit mata, batuk + demam lagi. mak aku terus pesan..baik buat cepat majlis tu. kesian kat adik.. kejap sihat kejap tak sihat. maka denga itu kami pun terus melaksanakan majlis yang meriah ini. sepanjang majlis berlangsung alhamdulillah alwani tak demam cuma batuk ada lagi sikit. dia pun tak meragam. macam faham2 aje itu memang majlis untuk dia.

syukran jazillan ilaAllah atas keizinanNya majlis aqiqah, doa selamat dan cukur rambut alwani berjalan dengan lancar. para jemputan tak putus2 datang. hidangan juadah untuk tetamu pun mencukupi. alhamdulillah. jom kita lihat gambar2 sepanjang majlis yang meriah ini.


 majlis dimulakan dengan memuji Ilahi dan keagungan Nabi s.a.w

 alwani tenang di dalam buai.

 masa untuk gunting jambul.

 rilek aje adik. good girl kan.

semua makcik nak pegang adik.

 cak!! ayah..

baca doa untuk si kecil diikuti doa selamat.

 ibu turut mengaminkan doa2 buatmu sayang.

 lunch time. 

 bagi susu ibu yg diperah as lunch.

 bergambar dengan unties and cousins.

 bersama nenek tersayang. my MIL

 get ready to shave time.

 five of us. happy family

my new look.

majlis aqiqah ini sebagai tanda kesyukuran kami kepada Allah dengan kehadiran Alwani menambahkan lagi kecerian kami sekeluarga. mudah-mudahan majlis ini diberkati dan dirahmati Ilahi. alhamdulillah.





Sabtu, 15 Disember 2012

Sekolah nak bermula dah.

pejam celik, pejam celik tau-tau dah nak penghujung tahun 2012. maka dengan itu percutian pengggal akhir sekolah akan sampai ke penghujungnya. seperti tahun2 sebelum ni persiapan keperluan anak untuk sekolah musim baru telah kami persiapkan awal-awal lagi. baju sekolah SK + sekolah SRA, kasut, stokin, tudung dll. yang belum settle lagi yuran2 sekolah dan beberapa keperluan lain utk aiman seperti kasut + stokin hitam, beg sekolah, songkok dan stationary. insyaAllah semuanya selesai before school opening next year. alhamdulillah.

saya pun nak pergi sekolah juga la ayah..

AFF 2012

Demam AFF Suzuki Sport 2012 bagi pasukan Harimau Malaya dah reda. walaupun kemenangan tidak berpihak kepada Malaysia kami tetap berbangga dengan pemain-pemain bola sepak negara atas usaha keras yang mereka lakukan. yang tak bagusnya adalah pengadil  bertugas dari korea (entah apa nama dia tah) pada malam itu tidak profesional langsung. memang geram sesangat bila dia layangkan kad merah kepada Fadhli Shas yang tak bersalah (tula mata sepet kasi besau la.).

ok2...habis dah citer tak puas hati. sebenarnya nak citer pasal aiman. ayah dia buat kezutan gitu. on that weekend actually kami kat raub. tetiba en suami ajak balik awal (pelik lak..biasanya selagi hari cerah dia buat derk aje bila ajak gerak balik kl.. aku lagi suke..balik awal hik..hik..hik..). kata en suami nak tengok bola kat stadium. otw balik...hway memanjang jem (semua org nak gi stadium jugak kot). sepanjang perjalanan  dlm kereta aiman tanya : "kenapa kita balik awal ayah". ayah jawab : " ayah nak tengok bola kat stadium dengan kawan2 ayah".. tetiba aiman senyap... "sampai hati ayah tak ajak aiman"... huhuhu...kelakar tgk muka dia masa ni. sesmpi kl (aku dgn anak2 dara dok rumah KY) ayah pun ajak la aiman gi tengok bola kat stadium walaupun masa tu games dh bermula. terus dia buka bonet cari baju harimau malaya. (kat kg dia rasa pelik camna jersi bola dia ada dlm beg baju..hik..hik..hik...ayah dia punya keje la ni). happy sangat tengok dia gembira.tertunai sudah janji ayah kepada si anak untuk melihat aksi bola sepak di stadium dan tercapai sudah hasrat aiman nak masuk stadium. nampak gayanya... ayah dah ada kawan tuk cakap pasal bola di rumah dan tak berseorangan tengok games di malam hari. alhamdulillah.

 anak2 gembira, ibu ayah pun turut gembira.
 
 games tamat.. aiman melawat kawasan stadium.

 like father like son.

jersi kesayangan.

Selasa, 4 Disember 2012

Renew insurans... dapat hadiah.

setiap tahun mesti kena renew insurans kenderaankan.. sekarang ni kita boleh buat sendiri saje melalui online. sambil renew boleh menang hadiah. rezeki kami renew insurans kereta baru2 ni dapatlah 2 tiket tgv cinema. apa lagi..kami pun berdating la ke SetiaWalk Puchong. renew insurans online, tak payah nak upah2 runner dah. klik https://www.motortakaful.com/ . semuanya dihujung jari anda.

 SkyFall.. thumb up .

Sabtu, 1 Disember 2012

YES!!! dah boleh update gambar dalam blog :)

Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya.. akhirnya aku berjaya gak meng'upgrade' permission blog yang telah disekat sebelum ni. masalah ini disebabkan picasa album dah penuh. mula-mula tu ingat nak delete gambar2 yang dah post dalam blog... tp sayang la pula. ye la kan semua gambar2 tu adalah kenangan terindah dalam hidup kita. sekiranya ada rakan2 blogger yang sedang/akan menghadapi masalah out of space jangan risau. kat sini ada cara penyelesaiannya. mula2 aku buat sendiri base on old version dashboard guider...then terjumpa 1 blog ni yang menghadapi masalah sama dan dalam new version dashboard. terima kasih kepada Qasey Honey kerana tutorial yang mudah dan senang untuk difahami.

okey... lepas ni baru bersemangat nak corat-coret cerita Indahnya Hidup Ini. wallah...