Isnin, 30 Mei 2011

Terima ujian dari Maha Pencipta.

Bismillahirrahmannirrahim... dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


29 Mei 2011 jam 7.15 mlm, kegembiraan kami dengan kedatangan saudara-mara dari kampung ke rumah kami bertukar kejadian buruk yang tidak disangka-sangka. hajat kami untuk menjamu selera di rumah sepupu tidak jauh dari rumah kami tidak sempat kami rasa. ketika hendak meletakkan kereta di lot parking rumah sepupu tu... sebuah honda C100 dengan lajunya telah merempuh kereta wiraku. ya Allah... dentuman yg amat kuat membuatkan aku dan suami terkejut dan trauma. mamat motor tu luka dibawah buku lali dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. yang tak puas hati tu... mamat tu kata kami yg langgar dia. padahal dia yg bawa motor dgn laju siap weng2 lg...sambil mengorat sepupu aku yg baru smpi td. kejadian ini boleh dielak jika 1) mamat tu bawa laju tp tidak toleh belakang (dgn tujuan nak mengorat anak dara org).. dia blh nmpk ada kete nak parking kat depan. 2) bawa motor dengan kelajuan sederhana sbb itu kaw perumahan.  kami bersyukur sbb anak2 tak kuar dr kete masa tu.

Sesungguhnya :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Aku redha......

Khamis, 12 Mei 2011

cek mek molek

bila usia dah meningkat sikit ni baru la nak try buat kuih. tetiba aje nak buat kuih cek mek molek. so, on 17 April lepas, buat pertama kalinya aku buat kuih cek mek ni. anak2 yg tolong tgk pun dok sibuk tnya "ibu ni buat kuih apa???, ibu buat kuih ke main2 ni??" inilah hasilnya...dapat pujian menggunung dr along. sedap sgt katanya. alhamdulillah...percubaan pertama ini berhasil. seronok sgt sbb anak2 dpt makan kuih hasil tgn ibunya. en suami pun suka.

cek mekmolek first edition.

Aktiviti2 sebelum admit di SJMC.

Sabtu 16 April, 2 hari sebelum treatment, aku dan en suami telah merancang untuk membawa anak2 berjalan2 di sekitar Putrajaya sj. First place kami lunch di mana ye.. lupa lak nama sbnr bangunan tu. sapa yg duk area persint 2,3 dan 4 mesti tahu la tempat tu. bangunan tu bersebelahan tasik dengan masjid sultan mizan a.k.a masjid besi. not bad la menu dia. kami order nasi goreng cendawan + nasi lemak ayam masak merah & goreng rempah + lempeng kelapa + minuman panas. sedap tp nasi ciput aje. antara kenangan yg sempat dirakamkan :

 

menu pertama sampai.... semuanya tak sabar2 nak makan..

Lepas makan dan solat zohor, kami terus ke alamanda...satu2nya shopping complex di putrajaya... anak2 seronok sbb ingat nak bawa gi tgk wayang.. tup..tup... masuk pusat bowling... lama sgt dah tak main bowling ni. anak2 pun seronok. sejujurnya... selepas ketiadaan tiroid ni.. tahap kecerdasan aku turut berkurangan. aku cepat letih, penat dan tidak berdaya melakukan aktiviti2 lasak (yg bnyk memerlukan tenaga). 6 kali balingan aku dh surrender. dah tak larat nak baling bola. anak2 lah yg tolong balingkan terutama skali juna..

 anak2 tercinta.. ibu amat sayang kamu berdua.

 gaya pelapis bowling negara..

gaya si pemain cilik.

lepas main bowling... aktiviti membaca plak.

syukur alhamdulillah... gembira melihat anak2 bergelak ketawa dan bergurau-senda dgn ayah dan ibu. insyaAllah ada masa terluang kita akan lakukan aktiviti lain plak.