Isnin, 21 Mac 2011

Dinner - San Francisco Pizza

16 Mac lepas, en suami ajak makan malam di bangi. nak buat kejutan kepada anak2 sebab mrk ni mmg suka sgt makan pizza. sesampai sj kat sana anak2ku dah melonjak keriangan. syukur alhamdulillah... kami semua selamat menghabiskan juadah dengan menu pilihan anak2.

mushroom bruschetta - sedappp..

ice cappuccino, watermelon, chocolate blended and orange  punch 

 spaghetti cioppino - sotongnya besar.. favorite juna

 san francisco pizza

 caprieciosa pizza

gelagat anak2 yang khusyuk menikmati makanan.

next, my turn belanja anak2 makan. destinasi ??? tungguuuuu.....

"ya Allah ya Tuhan ku, kami memanjatkan kesyukuran terhadapMu di atas rezeki kurniaan dari Mu. Amin"

Khamis, 17 Mac 2011

Steady Night at Genting Higlands

13 Mac = sabtu, en suami tersayang telah mengikuti program steady night at genting higlands selama 2d1n. aktiviti ini utk bisnes partner gathering night la gitu. dihoskan oleh hilmi gimik serta artis undangan jaclyn victor. aku dan anak2 tak join sekali sbb adikku yg tinggal di senawang ada buat majlis marhaban + cukur jambul + doa selamat pada 14 mac. en suami kata seronok sgt and said sorry bcoz tak sempat nak beli souvenir tuk kami anak beranak. kami tak kisah asalkan selamat pergi dan selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.

antara gambar2 kenangan terindah di genting highlands...

 test dressing di rumah lain...smpi sana ubah pulak..

 gaya, mutu dan keunggulan...
 ni kalau oyie a.k.a tukang report nmpk mesti ayat dia gini " kabo ke aboh" 

wajah2 bakal jutawan. amin...

bersama KP Wira yg very supporting.

didoakan segala berkat kesungguhan dan penggorbanan anda, kalian pasti memperolehi hasil yang cemerlang. teruskan berusaha kerana Allah mengetahui apa yang anda usahakan.


Permainan untuk kami sekeluarga.

5 Mac (sabtu) lepas, kami semua pergi ke Wangsa Maju KL atas urusan pemasangan gas NGV pada wira kami yang banyak berjasa tu. actually, pasang gas ngv 3 mac pastu pergi servis semula sbb enjin selalu mati. selesai urusan kami bawa anak2 gi plaza low yat. ibu ayah usha laptop... anak2 lak usha ps2. takleh nak elak la sebab bnyk sgt kedai permainan kat situ. tak tenang dibuatnya.. bila dah habis usha laptop di bbrp kedai baru la pegi kedai permainan. tnya harga dan bandingkan antara kedai2 yg ada kat situ  dan akhirnya.... jadi ia hak milik kami. 


 dapat free dvd games

tak sabar2 nak main.

sebenarnya mmg dah lama berhasrat nak belikan anak2 ps2 ni w/p dah ada yg latest ps3, bukan apa...risau/bimbang anak2 terlebih main atau leka sangat. tu yang mmbuatkan kami tangguh2kan utk memilikinya. pesanan buat anak2 ibu dan ayah... main, main juga tapi jangan sampai tinggal perkara2 wajib as solat, ngaji iqra/quran, ulangkaji pelajaran dan beriadah. dan peringatan kpd kami juga as parent agar memantau aktiviti anak2.

Jumaat, 11 Mac 2011

Jumaat yang mulia.


Syukur alhamdulillah awal tahun ini kami sekeluarga dimurahkan rezeki dari Allah Taala. Diberi ketenangan fikiran dan jiwa serta emosi yang tenang. Aku bersujud syukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat kurnia dariNya. Alhamdulillah.

peristiwa pagi Jumaat tadi, satu kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal merempuh belakang lori selepas tol puchong selatan. keadaan motor amat teruk dan masih melekat dibelakang lori. begitu juga mayat yg masih di atas motor. aku terus beristigfar dan sebak mengenangkan keluarga arwah. mangsa mungkin seorang ayah kepada bbrp orang anak atau suami kepada seorg isteri atau anak kepada ibubapa yang amat menyanyai arwah. dan secara spontannya aku teringatkan suami tersayang. setiap hari dia akan menunggang motorsikal untuk menghantar anak2 ke sekolah dan berulang-alik dari rumah ke pejabat. begitu juga aku membayangkan saudara-maraku juga saudara seIslamku yang lain. tanpa aku sedar air mataku menitis dengan lajunya mengenangkan jika tragedi ini menimpa ahli keluargaku. "Ya Allah, Ya Tuhan ku, aku memohon perlindungan daripada Mu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang dari ditimpa bala bencana dan matikan lah kami dalam keadaan khusnul khotimah."

Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah SWT.

Imam Al-Ghazali berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam AS dan pada hari Jumaat lah terjadinya hari kiamat.

1. Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakkan ulama berpendapat waktunya dua khutbah iaitu pada saat Imam sedang duduk setelah khutbah sebelum beliau bangun untuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling mustajabnya doa.

2. Sedekah pada hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat. Maka berlipat-lipat kali ganda ganjaran pahalanya.

3. Mati pada Malam Jumaat
Hadis Nabi SAW "Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat @ pada malam Jumaat kecuali diselamatkan daripada fitnah kubur".

4. Kelebihan Menunaikan Solat Jumaat
Nabi SAW bersabda "Barangsiapa yang dapat menunaikan Solat Jumaat maka baginya disisi Allah SWT pahala 100 orang yang mati syahid. Dan barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah SWT akan mengecap hatinya.

5. Selawat
Sabda Nabi SAW, "Banyakkan berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (Hari Jumaat) disaksikan oleh para Malaikat.

6. Memotong kuku
Ibn Masud berkata, "Mereka yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah SWT akan sembuhkan dari segala penyakit dan memberikannya keselamatan.
 
 

Khamis, 3 Mac 2011

Indoor games.. JPN 2011

Assalammualaikum.

Syukur alhamdulilah aku berkesempatan untuk update blog kesayanganku ini. hari ini adalah hari ke 3 perlawanan indoor games di opis BTM. dan buat kali pertama aku menyertai perlawanan catur dan congkak. hahahaha...mmg tak tahu la kenapa aku ni berani sangat nak main catur. lawan ngan bos plak tu. hahaha... senyum sokmo ye aku main catur td. dan keputusannya adalah ----> aku kalah 2-0. tp aku seronok.. kenapa erk ?? emm.. mungkin main dlm keadaan happy2 aje. esok 4/3 aku lawan congkak plak...tunggu keputusannya.... jeng..jeng..jeng...

Sebelum ni aku pernah main batu seremban di Janmwpp dan menang tempat ke-3. Sebenarnya permainan2 ini adalah bagus kerana ia adalah permainan tradisional. kalau kita tak main, kita tak tahu undang2 permainan dan kita tidak dapat wariskan permainan tradisi ini kepada anak cucu cicit kita. jadi, jangan perlekehkan games ini dan jangan takut untuk menyertai perlawanan permainan. main pun dengan kawan2. have fun with it and you will be enjoy.

BIRU

p/s : maju pasukan biru... fighting 2x